Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary
Tan
Sri Syed Mokhtar Albukhary
Pemilik Yayasan Al-Bukhari
Pemilik Yayasan Al-Bukhari
Nama :
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary
Tarikh Lahir : 1951
Tempat Lahir : Alor Setar, Kedah
Nama Isteri : Puan Sri Sharifah Zarah Albukhary
Bil. Anak : 4 orang (dua lelaki, dua perempuan)
Pendidikan : Sekolah Saint Michael, Alor Setar
Nama bapa : Syed Nor Albukhary
Nama ibu : Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat
Tarikh Lahir : 1951
Tempat Lahir : Alor Setar, Kedah
Nama Isteri : Puan Sri Sharifah Zarah Albukhary
Bil. Anak : 4 orang (dua lelaki, dua perempuan)
Pendidikan : Sekolah Saint Michael, Alor Setar
Nama bapa : Syed Nor Albukhary
Nama ibu : Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat
Tan Sri Syed
Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary
merupakan seorang ahli perniagaan dan jutawan Melayu yang
terkaya di Malaysia. Beliau ialah Pengerusi Yayasan Albukhary. Pada 2008, beliau diumumkan
sebagai Tokoh Maal
Hijrahsempena sambutan Maal Hijrah 1429H peringkat kebangsaan di Pusat
Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Beliau seorang yang suka berahsia
serta pernah dipilih sebagai Tokoh Melayu Terbilang 2009.
Menurut majalah Malaysian
Business beliau
mempunyai harta bernilai RM8.84 bilion pada 2005 seterusnya menjadi orang
ketujuh terkaya di Malaysia pada 2005 hingga 2011. Menurut majalah Forbes, beliau
orang ke-32 terkaya di Asia Tenggara, selepas pengerusi Berjaya Corp, Vincent Tan. Syarikatnya mempunyai 67,700 tenaga
pekerja.Beliau juga 'Wira Dermawan Asia' selain Datuk Mohd Zaid
Ibrahim, Leonard
Linggi Tun Jugah, dan Hishamudin
Ubaidulla.
Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 1951.
Syed Mokhtar tidak sempat mengambil periksaan SPM kerana tidak mempunyai wang untuk
membayar yuran peperiksaan.
Keluarga bapanya Syed Nor AlBukhary dan ibunya Sharifah
Rokiah Syed Mohamed Rahmat berasal dari Hadhramaut, Yemen.
Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk
berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah
bapa Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun
1946, bapanya mendirikan rumah tangga. Ketika umur 9 tahun, beliau dihantar
tinggal bersama bapa saudaranya Syed Omar di Johor Baru hingga
ke Tingkatan Dua. Kemudian kembali ke Kedah dan bersekolah di Sekolah Saint
Michael's.
Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia
adalah anak yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba
kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak
mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak
menelaah. Beliau diasuh oleh ibunya sejak kecil oleh ibunya Sharifah Rokiah
Syed Mohamed Rahmat untuk menderma kepada orang miskin.
Syed Mokhtar berkahwin dengan Sharifah Zarah bin Tan Sri Syed
Kechik Syed Mohamed Al-Bukhary. Sharifah Zaharah adalah hasil
perkahwinan kedua Syed Kechik dengan Puan Sri Sofiah Moo Abdullah. Syed Mokhtar
mempunyai tujuh orang anak.
Beliau membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung
pendapatan keluarga. Seterusnya menjual roti canai di pasar Jalan Telok Wan
Jah.Beliau membantu bapanya menternak lembu dan kerbau tetapi berhadapan dengan
masalah wabak kaki dan mulut yang merebak ke seluruh selatan Thailand, Kedah
dan Perlis . Semua ternak petani mati begitu sahaja. Sejak itu beliau
meninggalkan bidang ternakan dan memulakan perniagaan sebagai pengusaha daging
lembu dan kerbau pada tahun 1970 ketika berumur 19 tahun, selepas mengambil
peperiksaan SPM . Beliau membeli daging lembu yang tidak terjual di pasar dan
menjual semula kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran sekitar Alor Setar.
Pada 1972, beliau mendapat permit bagi empat buah lori Kelas
A dan meminjam RM110,000 daripada MARA untuk membeli dua buah lori Mercedes
911LS. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat
pengangkutan 'Syarikat Pengangkutan Sentosa' dan melantik kerani Cina sebagai
pengurus syarikatnya itu. Lori-lori itu digunakan untuk memulakan perniagaan
beras. Syarikat Kenderaan Sentosa kini memiliki lebih daripada 40 buah lori.
Pada 1974, Syed Mokhtar membeli rumah kedai yang pertama di
Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan Perbadanan
Kemajuan Bandar (UDA).Pada
1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras
daripada Lembaga
Padi Negara (LPN) yang
kini dikenali sebagai Bernas.
Beliau berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA,
MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak
syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor. Semua
ini hasil langkah kerajaan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru.
Beliau turut menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang
peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang
beras manakala Chong Tan pula pengilang beras. Syed Bukhari memegang 52 %
saham dan Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 % dan 16 %.
Syarikat usahasama ini dinamakan sebagai Bukhary Sdn. Bhd pada 15 Julai 1976
dan beroperasi di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah. Melalui Bukhary Sdn.
Bhd.,beliau memulakan perniagaan gula dan kini mencecah RM250 juta.
Pada 1977, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd dan
beroperasi di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli
melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Syarikat ini diberikan kontrak bagi
membekalkan beras, teh, tepung coklat,
tepung susu dan juga minyak sapi kepada
kerajaan. Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan.
Pada 1979,Syed Mokhtar menubuhkan syarikat usahasama, Susu
Mas Sdn. Bhd (51 %) dengan New Zealand Milk Products (49 %). Pelbagai
produk diedarkan dengan jenama Fernleaf dan Anchor.Pada 1985, Syed Mokhtar
menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran kemelesetan
ekonomi.
Tahun 1978, beliau menyertai delegasi perdagangan ke Ekspo
Perdagangan Canton, China.
Beliau berjaya menjalankan sistem barter ,
iaitu menukarkan koko dari Malaysia dengan teh dari China. Syarikatnya mendapat
kontrak membekalkan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam
tentera. Beliau membeli secara terus daripada pengilang.
Beliau menubuhkan kilang Amtek Holdings bagi mengeluarkan
kasut dan menubuhkan kilang Oriental Garments Uniform Division bagi
mengeluarkan pakaian. Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha
sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai.
Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun
1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark
Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile.
Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan
pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran
eksport.
Syed Bukhari menubuhkan Bukhari Shipping dan bertindak
sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE dari Perbendaharaan Malaysia.
Beliau membeli sebuah kapal buatan Jerman yang
berusia 28 tahun pada harga USD1 juta dan diberi nama 'Angsa Mas'. Kapal itu
mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak. Beliau terpaksa menjual kapalnya pada
harga USD600,000, kerana rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta – USD600,000).
Seterusnya beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor
Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary
Development.
Dasar penswastaan dijalankan oleh Perdana Menteri
Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mengurangkan pergantungan
kerajaan . Menteri Besar Johor ketika itu ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin . Syed Mokhtar membeli Johor Port
melalui tender pada harga RM330 juta menerusi program penswastaan dan
menjayakan Pelabuhan Tanjung
Pelepas bagi menyaingi Singapura. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd.
pula dibelinya pada harga RM135 juta. Pelabuhan itu semakin maju hingga berjaya
meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya
berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Apabila bekalan air diswastakan, beliau menubuhkan syarikat
usahasama Equiventure Sdn. Bhd. dengan Kembangan Dinamik (49 %) dan
Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis,Oneo.
Syed Mokhtar membeli syarikat kejuruteraan MMC Corporation
pada harga RM3 sesaham daripada Permodalan
Nasional Berhad (PNB). MMC dapat
kontrak membina Lebuh Raya Pantai
Timur iaitu membina
lebuh raya sambungan dari Karak ke Kuala Terengganu . Beliau turut memilik saham
22.7 % dalam Malakoff Berhad iaitu IPP iaitu syarikat pembekalan elektrik dan
Gas Malaysia . 20 peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana
perniagaan utamanya adalah pembuatan.
Selain itu, beliau memiliki 18 % pegangan dalam Bernas
yang terlibat dalam perdagangan beras dan 32 % pegangan dalam Pernas
International Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak
sektor perniagaan. Manakala 18.7 % pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad,
syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik . Syed mokhtar juga
mempunyai 100 % kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan
pengedaran buku di Malaysia dan Singapura.
Syed Mokhtar juga merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf
International Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek Hidro Elektrik Bakun. Di samping itu,
beliau mempunyai kepentingan dalam Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC), PERNAS, Padiberas Nasional
Berhad (Bernas),
Malakoff Berhad, Seaport Terminal Johor Sdn. Bhd., Johor Port Berhad, Impian
Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak lagi.
MMC Corp Bhd telah bergabung dengan Gamuda Berhad dan
berjaya mendapatkan projek landasan kereta api berkembar bernilai RM14.5
billion sebelum ia dibekukan oleh kerajaan kerana faktor pemulihan ekonomi.
Projek ini bernilai $3.8 bilion dan tender diperolehi sebelum Dr Mahathir
Mohamad meletak jawatan pada 2003.
Syed Mokhtar juga dikatakan telah membeli kepentingan
majoriti dalam Lapangan
Terbang Antarabangsa Senai, Johor.
MMC juga mempunyai tanah di Senai Industrial Park dan membeli Senai Terminal
Services Sdn. Bhd. (SATS). Pada 1
November 2003,SATS mengambilalih Lapangan Terbang Antarabangsa Senai daripada
Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) pada harga RM80 juta.
Menerusi syarikat DRB-Hicom Bhd. (DRB)miliknya, membeli
syarikat kereta Lotus dari Proton Holding bhd pada harga RM1.29 bilion.
DRB-Hicom juga memiliki 32.21 % dalam Pos Malaysia Bhd.
Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary
pada 1996 yang telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan
kerja-kerja amal dan kebajikan terutamanya sekitar Negeri Kedah dan Perak.
Melalui Yayasan ini, sebanyak RM1 Bilion telah disumbangkan/ didermakan untuk
membiayai pelbagai program kebajikan.
Menerusi Program Tuisyen Albukhary pada 2001,sebanyak 500
pusat tuisyen telah ditubuhkan.Setiap tahun lebih 22,000 pelajar menyertai kelas
itu dan mereka yang berjaya cemerlang menerima biasiswa untuk melanjutkan
pelajaran ke peringkat tinggi.Setiap guru tuisyen dibayar RM40 sejam untuk
mengajar Sains dan Matematik dan Bahasa Inggeris. Bantuan turut disalurkan kepada
ke negara Pakistan, Uganda, Afrika Selatan dan Lebanon dengan
300 pemegang Biasiswa Albukhary dari lebih 47 buah negara Islam kini belajar di
Malaysia.
Beliau menubuhkan universiti swasta, Universiti
Antarabangsa Albukhary (AIU)
di Alor Setar, Kedah pada 2010. Bekas Naib Canselor USM Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dilantik sebagai Naib Canselor
AIU.Kampus AIU terletak di dalam Pusat Ilmu Sharifah Rokiah di Jalan Tun Abdul
Razak di Alor Setar.
Pusat Perubatan Albukhary di Kompleks Albukhary di Alor Setar dilengkapi
dengan pusat dialisis dan mempunyai 36 unit mesin haemodialysis secara percuma.
Menerusi Yayasan al Bukhary, 20 buah masjid dibina dan
membaik pulih Masjid Negara supaya
terang dan bercahaya. Antaranya ialah masjid di Rantau (RM7.9
juta - 2500 jemaah); Seremban 2 (RM7.5
juta -3000 jemaah); Kampung Paroi; Kampung Gebok, Mantin; Kampung Melang, Kuala Pilah; Pedas Tengah, Rembau dan
Taman Anggerik,Batu Kikir.
Yayasan juga membina Muzium Kesenian Islam (RM70 juta) pada 1998. Yayasan ini
juga membiayai golongan fakir terutama imam, bilal dan siak masjid untuk menunaikan Haji setiap
tahun.
Kompleks al-Bukhary bernilai RM400 juta di Kedah siap pada
2004. Kompleks itu lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat
perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan
pusat pengajian tinggi.
Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur bernilai
RM100 juta. Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia
Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam.
Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah
RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian
Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang
membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi
mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai
Petani, Kedah.
Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban
bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama
dan kepercayaan.
Yayasan al-Bukhary juga menyumbang sebanyak RM satu juta
bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan
projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar
yang kurang mampu.
RUJUKAN