CONTOH RANCANGAN PERNIAGAAN


RANCANGAN PERNIAGAAN
RESTORAN SERI SAUJANA

OLEH : MOHD BAKRI B. MOHD HUSAIN

PESERTA SKIM LATIHAN PENGWUJUDAN
USAHAWAN KUMPULAN PENGURUSAN DAN
PROFESIONAL TAHUN 2003

KANDUNGAN

BAHAGIAN 1
:
PENGENALAN
BAHAGIAN 2
:
TUJUAN
BAHAGIAN 3
:
LATAR BELAKANG PERNIAGAAN
BAHAGIAN 4
:
LATAR BELAKANG PEMILIK
BAHAGIAN 5
:
RANCANGAN PENTADBIRAN
BAHAGIAN 6
:
RANCANGAN PEMASARAN
BAHAGIAN 7
:
RANCANGAN OPERASI
BAHAGIAN 8
:
RANCANGAN KEWANGAN
BAHAGIAN 9
:
RUMUSAN








PENGENALAN
Restoran Sri Saujana ini mula menjalankan perniagaan pada 1 Ogos 2004 di No 32, Jalan MBfJ/1, Medan Kamunting Jaya, Kamunting, Perak beroperasi dari pukul 7.00 pagi hingga 10.00 malam. Restoran ini mementingkan kebersihan dalam dan luar restoran berserta dengan keceriaannya, makanan dan minuman yang sedap dan berkualiti dan layanan yang semerta. Saya berazam menjadikan restoran ini tempat pilihan utama bagi pelanggan-pelanggan di samping itu juga restoran ini merancang untuk membekalkan tempahan bagi majlis-majlis luar seperti majlis hari-hari perayaan, kenduri kendara dan majlis-majlis rasmi kerajaan.

TUJUAN
Keseluruhannya Rancangan Perniagaan ini disediakan bertujuan:-
2.1 Memberi penjelasan dan penerangan berkenaan perniagaan yang bakal diceburi.
2.2 Sebagai panduan supaya perniagaan berjalan lancar dan sempurna bagi memastikan membawa keuntungan dan terus berkembang maju.
2.3 Mendapat bantuan serta sokongan dari segi kewangan, nasihat dan Iain-lain berkaitan dari masa kemasa daripada pihak-pihak yang berkelayakan.
2.4 Supaya dapat menilai daya maju projek yang dicadangkan dan dapat dijadikan asas dalam menentukan pelaksanaan projek baru.

LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

Nama Perniagaan
:
Seri Saujana Restoran
Alamat Perniagaan
:
No. 32, Jalan MKJ/1, Medan Kamunting Jaya, 34600
Kamunting, Perak.
Alamat Surat Menyurat
:
No. 32, Jalan MKJ/1, Medan Kamunting Jaya, 34600
Kamunting, Perak.
No. Telefon
:
05-8667383
Bentuk Perniagaan
:
Persendirian
Kegiatan Utama
:
Restoran - Menjual makanan bermasak dan minuman
Tarikh Memulakan Perniagaan
:
16 Julai 2004
Tarikh Pendaftaran
:
01 Januari 2004
Modal Permulaan
:
RM 143,433.00
Nama Bank
:
Bank Muamalat Malaysia Berhad dan Maybank Malaysia Berhad
Jenis Akaun Perniagaan
:
Akuan Semasa




LATAR BELAKANG PEMILIK

Nama Penuh
:
Mohd Bakri Bin Mohd Husain
No. Kad Pengenalan
:
480715-08-5913
Tarikh Lahir
:
15 Julai 1948
Umur
:
55 Tahun
Jantina
:
Lelaki
Alamat tetap
:
No 943, Lorong 39, Taman Ria, 34700 Simpang, Taiping, Perak
No.Telefon
:
05-8483723
Taraf Perkahwinan
:
Berkahwin
Kelulusan Akademik

BA (Hons)
Kursus Yang Pernah Dihadiri
:
- LATIHAN ASAS PERNIAGAAN PROFESSIONAL 23-27 JUN 2003
- KURSUS PENGWUJUDAN LPU 5 2003 DI MEDEC SHAH ALAM
Kemahiran
:
- Boleh memasak makanan Melayu kampung
- Boleh memasak makanan Ala-Mamak
Pengalaman
:
Membantu kawan berniaga di warung menjual makanan
Pekerjaan Sekarang
:
Pengetua Sekolah Menengah
Perniagaan Lain Yang Pernah Diceburi
:
Agen Insuran

RANCANGAN PENTADBIRAN
Pengenalan Organisasi
• Alamat Organisasi
No 32, Jalan MKJ/1, Medan Kamunting Jaya, 34600 Kamunting, Perak
• Pelan Organisasi
-Sila rujuk muka surat sebelah-
• Bentuk Bangunan dan Kemudahan Infrastruktur
Bentuk bangunan ialah rumah kedai 2 tingkat 'Lot Corner' di tingkat bawah, manakala tingkat 1 disewakan berhampiran Stesen Perhatian Bas Ekspress, Stesen Teksi, Pasar ikan, kem tentera, kawasan perumahan dan tidak jauh daripada kawasan perindustrian Kamunting.
Kemudahan lain ialah ada bekalan air, api, telefon, sertajalan raya yang selesa dan banyak tempat letak kereta.

 Tenaga Pekerja Organisasi
No.
Jawatan
Bilangan Bekerja
1.
Pengurus
1
2.
Juruwang/ Kerani
1
3.
Tukang Masak (ketua)
1
4.
Pembantu Tukang Masak
2
5.
Pembuat Minuman
2
6.
Pelayan
5
7.
Pekerja Am/Tukang Cuci
2
Jumlah
14

Carta Organisasi Perniagaan
Spesiflkasi Tugas
Jawatan
Tanggungjawab Utama
Pengurus

- Menentukan perniagaan berjalan lancar dan sistematik
- Menentukan semua pekerja menjalankan tugas seperti yang ditentukan
- Menentukan para pelanggan mendapat layanan segera dan mesra
- Menguruskan perbelanjaan harian
- Menentukan masakan berkualiti dan sedap
- Membuat ketetapan dalam pengembangan perniagaan
Kerani/Juruwang
- Sebagai juruwang, menerima pembayaran daripada pelanggan
- Menyediakan rekod perniagaan
- Membayar gaji serta Iain-lain yang berkaitan
- Membantu mengurus menyelia para pekerja restoran
- Menyerahkan wang hasil jualan kepada pengurus

 Imbuhan Balas Jasa Atau Gaji
Jawatan
Bil
Gaji/Upah Bulanan (RM)
KWSP (RM)
PERKESO (RM)
Jumlah (RM)

Pengurus
1
2000.00
240.00
40.00
2280.00
Kerani/Juruwang
1
700.00
84.00
14.00
798.00
Jumlah
2
2700.00
324.00
54.00
3078.00

Keperluan Pejabat
Jenis
Bilangan
Jumlah (RM)
Kelengkapan Pejabat

1000.00
Komputer dan Meja
1
3500.00
Cash Register
1
300.00
Kalkulator
1
30.00
Alat Tulis

70.00

Jumlah
4,900.00

Perbelanjaan Organisasi
Perkara
Perbelanjaan Aset Tetap (RM)
Perbelanjaan Bulanan (RM)
Lain-lain Perbelanjaan (RM)
Aset tetap
Perabot-perabot
Kelengkapan
Komputer &
Cash Register
Ubahsuai

1,000.00

3,800.00

20,000.00


Perbelanjaan Bulanan
Gaji
KWSP, PERKESO
Sewa Kedai



2,700.00
378.00
1,000.00

Lain-lain
Perbelanjaan
Deposit Sewa
Kedai
Deposit Utiliti
Uniform
Daftar niaga
Lesen niaga
Stamp Duty




2,000.00

1,000.00
1,500.00
60.00
40.00
13.00

JUMLAH
24,800.00
4,078.00
4,613.00



33,491.00


RANCANGAN PEMASARAN

Produk Yang Ditawarkan
Restoran Seri Saujana menawarkan produk masakan dengan hidangan secara buffet bagi makan tengahari dan Ala-carte bagi makan malam.
Menyediakan minuman                      :           Minuman panas, sejuk dan tin
7.00pagi hingga 10.00pagi                  :           Nasi Lemak dan Roti Canai
10.00pagi hingga 11.30 pagi               :           Aneka Sup (Aneka Mee, Daging, Ayam)
11.30 pagi hingga 3.00petang :           Nasi Putih dan Lauk Pauk Masakan Kampung
3.00 petang hingga 7.00 malam         :           Mee, Koey Teow, Meehongoreng.
7.00 malam hingga lO.OOmalam      :           Masakan Thai dan nasi-nasi goreng

Sasaran Pasaran
Sasaran pelanggan restoran ini ialah penduduk di taman-taman berhampiran, pekerja kilang, anggota tentera, penumpang bas, pelanggan sesat dan pelajar-pelajar sekolah.

Saiz Pasaran
Pelan Kamunting Taiping, Perak mempunyai anggaran 300,000 orang penduduk. Terdapat 5 taman perumahan dan 3 perkampungan Melayu. Majoriti penduduknya ialah 70% orang-orang Melayu, manakala Cina 25% dan 5% ialah orang-orang India. Juga terdapat 20 buah kilang yang terletak tidak jauh daripada pekan ini, juga terdapat 2 kem tentera, dianggarkan 3% daripada kumpulan di atas akan keluar setiap hari sama ada untuk sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Ini adalah disebabkan sebahagian besar daripada isteri mereka adalah bekerja.
Begitu juga terdapatnya penumpang bas ekspress di daerah ini terletak di bandar ini. Ini juga menyumbangkan kepada kemajuan perniagaan restoran di sini.
  
Pesaing-pesaing Utama
Terdapat 4 buah Restoran Melayu sebagai pesaing-pesaing utama iaitu Restoran Sri  Kamunting, Restoran Musita, Restoran Perantau dan Restoran Mamu.
Nama Pesaing
% Syer Pasaran
Anggaran Jualan Sebulan (RM)
Restoran Sri Kamunting
36
133,056.00
Restoran Musita
26
96,096.00
Restoran Perantau
20
73,920.00
Restoran Mamu
18
66,528.00
Jumlah
100
369,600.00

Restoran Seri Saujana menganggarkan menguasai 13% daripada syer pasaran pada tahun pertama urusniaga dijalankan.
Nama Pesaing
% syer pasaran
Anggaran Jualan Sebulan (RM)
Restoran Sri Kamunting
30
110,880.00
Restoran Musita
23
85,008.00
Restoran Perantau
18
66,528.00
Restoran Mamu
16
59,136.00
Restoran Seri Saujana
13
48,048.00
Jumlah
100
369,600.00

Kekuatan :
- Telah beroperasi lebih 3 tahun dan mempunyai pelanggan tetap
- Setiap restoran ada menu istimewa
- Rasa masakan teiah biasa di kalangan pelanggan
- Dibuka dari pagi hingga ke malam
- Harganya berpatutan

Kelemahan :
- Layanan lambat
- Keadaan kedai kurang bersih
- Cahaya dalam kedai tidak terang secukupnya
- Suasana kedai kurang keceriaan dan kurang terhibur
- Masakan makanan tidak pelbagai, sama sahaja seperti sebelumnya.
  
Ramalan Jualan
Bulan
Jumlah (RM)
Anggaran Jualan
Anggaran Belian
Januari
43,200
24,000
Februari
44,100
24,500
Mac
45,000
25,000
April
45,900
25,500
Mei
46,800
26,000
Jun
47,700
26,500
Julai
48,600
27,000
Ogos
49,500
27,500
September
50,400
28,000
Oktober
51,300
28,500
November (bulan puasa)
45,500
25,000
Disember
53,100
29,500
Jumlah Jualan Tahun 1
571,100
Kenaikan
317,000
kenaikan
Jumlah Jualan Tahun 2
656,765
15%
332,850
5%
Jumlah Jualan Tahun 3
788,118
20%
349,493
5%

Strategi Pemasaran
• Strategi Produk
Strategi produk Restoran Sri Saujana ialah:-
- Menghidangkan masakan yang sedap dan berkualiti dengan pembelian bahan bahan mentah yang dipilih segar dan berkualiti.
- Pelanggan-pelanggan diberi peluang memilih resepi yang sesuai dengan selera mereka.
- Menyesuaikan pakej-pakej yang menarik bagi makan tengahari dan makan malam
• Strategi Promosi
Mempromosikan Restoran Seri Saujana melalui kain rentang, papan tanda perniagaan yang menarik, papan tanda di tepi jalanraya 1 kilometer dari restoran, dan mengedarkan risalahrisalah/pamplet melalui surat-surat khabar serta ke pejabatpejabat kerajaan dan swasta. Juga menaja jamuan majlis di majlis-majlis pada bulan Ramadhan.
• Strategi Harga
Harga produk adalah lebih kurang sama dengan pesaing-pesaing. Walaubagaimanapun, Restoran Seri Saujana mengadakan hargaharga istimewa untuk pakej makan tengahari dan malam. Menyediakan hidangan tambahan kepada yang berbelanja RM50.00 ke atas.
• Strategi Edaran
Pelanggan dilayan dengan mesra dan pesanan dipenuhi dengan cepat. Pelayan-pelayan juga ditentukan meja-meja makan untuk diberikan perhatian. Untuk jangka panjang, mengadakan penghantaran khas 'special delivers-' bagi pakej-pakej tempahan istimewa.
Tenaga Pekerja Pemasaran
Jawatan
Bilangan Pekerja
Pelayan Restoran
5 orang

Spesifikasi Tugas
Jawatan
Tanggungjawab Utama
Pelayan
- Menentukan kebersihan ruang makan dan menyusun atur kerusi dan meja dengan
kemas
- Menyambut dan mempersilakan tempat
duduk pelanggan
- Mengambil pesanan dan menghantar pesanan pelanggan
- Memerhati dan memberi perhatian  kehendak pelanggan
- Memberi bil kepada pelanggan dan
mengemaskan peralatan hidangan untuk dihantar ke tempat cucian

Imbuhan Balas Jasa Atau Gaji
Jawatan
Bil
Gaji/Upah
Bulanan (RM)
KWSP (RM)
PERKESO (RM)
Jumlah (RM)
Pelayan
5
3,000.00
(600 x 5)
360.00
60.00
3420.00

 Perbelanjaan Pemasaran
Perkara
Perbelanjaan
Aset Tetap (RM)
Perbelanjaan Bulanan (RM)
Lain-lain Perbelanjaan (RM)
Aset Tetap
Kaunter dan
Kelengkapan
Papan Tanda Perniagaan


2,000.00

2,000.00


Perbelanjaan Bulanan
Gaji
KWSP/PERKESO



3,000.00
420.00

Lain-lain Perbelanjaan
Risalah / Pamplet
Kad perniagaan
Kain Rentang / Banner




150.00
100.00

300.00

4,000.00
3,420.00
550.00
Jumlah
7,970.00