PROFILE USAHAWAN "from zero-to-hero" - Arummi Binti Mohamed Uhud (SX130138CSJS04)

Tuan Haji Burhanuddin Bin Md Radzi

LATAR BELAKANG
Nama: Tuan Haji Burhanuddin Bin Md Radzi
Syarikat: Les’ Copaque Productions Sdn Bhd
Tuan Haji Burhanuddin merupakan salah seorang pengasas Les’ Copaque Productions Sdn Bhd dan memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan syarikat tersebut. Beliau juga memegang watak Tok Dalang mulai musim kelima selepas pemegang watak itu meninggalkan syarikat tersebut.
Tuan Haji Burhanuddin sebenarnya bukan daripada bidang animasi dan tidak pernah terlintas untuk beliau menubuhkan syarikat animasi. Akan tetapi, pada tahun 2005 terdapat 3 orang graduan Universiti Multimedia datang dan mereka berbincang mahu menerbitkan sebuah filem animasi. Maka tercetuslah idea untuk menubuhkan syarikat ini.
Tuan Haji Burhanudin pernah berkhidmat bersama Petronas dan selepas meninggal Petronas pada tahun 1982, beliau menjadi Pengarah Urusan bagi syarikat penyelenggaraan minyak dan syarikat tersebut telah berjaya menjadi syarikat gergasi sekitar tahun 2004. Selepas meninggalkan syarikat tersebut dan melupuskan semua pegangan dalam syarikat, lebih kurang 2 tahun beliau hanya berehat di rumah.

PENERANGAN MENGENAI PRODUK
Les’ Copaque Production Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat penerbitan dan studio animasi komputer 3d berstatus MSC dan telah di tubuhkan pada Disember 2005. Les’ Copaque beribu pejabat di Shah Alam, Selangor. Les’ Copaque bukan sahaja mengerjakan bidang animasi, malah turut menjadi syarikat pengeluar penuh yang juga melibatkan pengemukaan idea, rakam suara dan pascapenerbitan yang di sertakan dengan karya animasinya.








       
  
BAGAIMANA PERNIAGAANNYA MENDAPAT KEJAYAAN?
Pada tahun 2006 – 2007, Tuan Haji Burhanuddin melihat kebanyakan syarikat-syarikat animasi tidak ada yang berjaya kerana mereka mengharapkan kontrak daripada RTM. Jadi, beliau bersama-sama pekerjanya telah pergi ke luar negara bagi melihat cara animasi dipasarkan. Mereka telah pergi ke Cannes, Perancis kerana di sana terdapat acara pada bulan April yang di panggil MipTV dan pada bulan Oktober yang dipanggil Mipcom. Di situlah berkumpulnya semua pembuat-pembuat kandungan untuk televisyen, pembeli, pengusaha televisyen dan orang tengah. Mereka melihat cara untuk menjual kandungan televisten dan isi kandunga yang boleh diterima pembeli dan juga format yang boleh di pasarkan.
Pada tahun 2007, beliau telah menjelajah ke Perancis, Amerika, Jepun dan Korea bagi melihat cara mereka menjual produk mereka dan produk yang paling berjaya sebenarnya adalah yang mengetengahkan budaya mereke sendiri dan bentuknya adalah berlainan daripada yang telah berada di pasaran. Maka, tercetus lah idea untuk menghasiklan Upin dan Ipin. Ketika itu, cerita adalah berkisarkan tentang dua orang budak yang hendak berpuasa dan animasi tersebut di tayangkan selama 5 minit sahaja. Apabila animasi Upin dan Ipin di tayangkan di TV9 pada tahun 2007, ianya mendapat sambutan yang hangat dan memberangsankan. Pada tahun 2008, animasi tersebut telah di sambung lagi sebanyak 12 episod atas permintaan TV9.
Pada bulan Februari 2009, filem Upin dan Ipin telah di lancarkan dan telah berjaya mendapat jumlah catatan yang tinggi. Pada bulan Ogos 2009, Upin dan Ipin telah berjaya masuk ke pasaran Indonesia. Disebabkan pengaruh Upin dan Ipin begitu tinggi dalam jiwa anak-anak kecil, Tuan Haji Burhanuddin juga telah menghasilkan sesuatu produk seperti t-shirt dan di pasarkan di stesen Petronas dan sehingga kini terdapat 200 stesen Petronas yang menjual barangan Upin dan Ipin. Selain itu, beliau turut membuka restoran Upin dan Ipin.

CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MENGURUSKAN SYARIKAT
                Cabaran yang di hadapi ialah ketika hendak mencetuskan dan membangunkan syarikat. Modal yang terhad juga menjadi cabaran dalam menguruskan syarikat. Pembuatan animasi memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Untuk 13 episod iaitu bersamaan 30 minit bagi setiap episod, biaya pembuatannya ada sekitar RM800 ribu – RM1.6 juta bergantung pada kualiti pembikinannya. Stesen televisyen paling mahal akan membeli sekitar RM40,000 – RM45,000 untuk 1 episod. Untuk 13 episod anggarannya ialah RM520,000. Jika kos adalah RM1.2juta, masih kurang RM680,000.
                Cetak rompak juga merupakan cabaran yang di hadapi tetapi beliau tiada keupayaan dalam menghalang kerana ianya berleluasa, maka apa yang boleh beliau lakukan ialah dengan berbangga kerana pihak cetak rompak hanya mengambil sesuatu yang popular jadi, Upin dan Ipin juga tergolong dalam golongan itu. Oleh itu setelah Upin dan Ipin menjadi fenomena, mereka berkerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) untuk menangkap mereka yang tidak bertanggungjawab.

STRATEGI PERNIAGAAN
                Tuan Haji Burhanuddin berpendapat bahawa animasi perlu ditekankan pada penceritaan, oleh sebab itu jalan penceritaan Upin dan Ipin adalah bersifat global yang bermakna ciri-ciri cerita yang boleh diterima masyarakat di Malaysia dan luar. Cerita Upin dan Ipin juga boleh di transformasikan kepada pelbagai bentuk seperi super hero, pengembaraan seperti Pirates of the Carrebean dan sebagainya. Oleh kerana cerita Upin dan Ipin berkisarkan tentang kehidupan seharian, maka mereka tidak akan kehabisan idea dalam berkarya dan ini akan mengukuhkan lagi animasi Upin dan Ipin di persada televisyen.
                Selain itu, Tuan Haji Burhanuddin juga telah melancarkan Restoran Upin dan Ipin dan sehingga kini terdapat lebih 10 buah restoran Upin dan Ipin di seluruh Malaysia. Tuan Haji Burhanuddin juga telah melakukan startegi baru dalam menjual produk Upin dan Ipin iaitu secara atas talian. Tambahan lagi, produk Upin dan Ipin juga terdapat di lebih 200 buah stesen Petronas di Malaysia maka, ia lebih memudahkan Upin dan Ipin di terima di hati masyarakat.

PENCAPAIAN KEJAYAAN BELIAU
i.         Anugerah Bintang Popular 2012 – Watak Animasi Tempatan Popular.
ii.        International Quality ERA Award 2013, Geneva – Gold Award.
iii.      SMI Malaysia – SMI Innovation Excellence Award  2012.
iv.      Malaysia Book of Records – The Most Musical Performance, Upin & Ipin The Musical 2012.
v.        MyIPO – Intellectual Property Award 2011.
vi.      TV3 My Kids Awards 2011 – Cutest Characters.
vii.     TV3 My Kids Awards 2011 – Awesome TV Show.
viii.   NEF Awani 2011 – Anugerah Khas Tun Mahathir.
ix.      Word Brand Congress 2010, India – Brand Leadership Award.
x.        The BrandLaureate – Best Brands in Animation 2010 – Upin & Ipin.
xi.      Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional – Anugerah Kalung Perpaduan 2010.
xii.     Indonesia – Lolipop Award XY Kids! “Animasi Favorit Upin & Ipin.
xiii.   Kids Film Festival 2009 – Viewer’s Choice Award.
xiv.   JT Frank - Global Emerging Innovative Entrepreneur Award.
xv.     APICTA – Best in Media & Entertainment.
xvi.   KLIFF – Best Animation Award 2007.

KUNCI UTAMA KEJAYAAN
                Tuan Haji Burhanuddin merupakan seorang yang tidak mudah di pengaruhi oleh faktor luar seperti khabar angin dan beliau sanggup menganggap khabar angin ini sebagai cabaran dalam menuju kejayaan.
                Tuan Haji Burhanuddin juga beranggapan media sosial adalah sebagai peralatan, maka kita pelu tahu dan membangunkannya dan rebut peluang yang ada. Tahun 2011 sahaja, Facebook telah mengumukan Upin dan Ipin berada di tangga ke 5 di dunia karektor fiksyen popular dan berjaya mengalahkan Spongebob dan Doraemon.
  
PENCAPAIAN YANG DICAPAI DARI SEGI PASARAN SAHAM , PEROLEHAN JUALAN , BILANGAN OUTLETS , PENGIKTIRAFAN , ANGKAT DAN PENERIMAAN PRODUK , DAN LAIN-LAIN
Les’ Copaque mengalami perkembangan yang pesat dari tahun 2007 hingga kini. Hingga kini, syarikat ini mempunyai lebih 10 restoran Upin dan Ipin di seluruh Malaysia, serta produk Upin dan Ipin telah berada di pasaran Malaysia.
Les’ Copaque juga telah mengeluarkan beberapa siri animasi lain antaranya Pada Zaman Dahulu, Puteri, Dadudido dan Ingat (pengumuman perkhidmatan awam). Penerimaan produk mereka ini amatlah memberangsangkan sehingga mereka telah berjaya mengeluarkan permainan elektronik Upin & Ipin. LC Game Development Inc. telah menghasilkan dua permainan mini untuk pengguna iOS, iaitu Pocket Ipin pada tahun 2010, Pocket Upin pada tahun 2012 dan Upin & Ipin Dash juga pada tahun 2012.
                Upin dan Ipin juga telah berjaya mempunyai kelab pemintnya yang tersendiri. Les’ Copaque juga telah bercadang untuk mebangunkan tama temanya yang tersendiri.

RUJUKAN